PENGENALAN

    

PENGENALAN


     Orang Kurang Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan fizikal dan mental dalam jangka masa panjang, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta Orang Kurang Upaya 2008). Mereka ini adalah golongan yang mengalami kecacatan kekal pada diri. Antara golongan yang boleh dikategorikan sebagai OKU ialah buta, pekak, bisu, lumpuh, kudung anggota badan, mengalami masalah pertuturan, mengalami masalah pembelajaran serta mengalami masalah mental. Namun kekurangan yang dimiliki ini mungkin berlaku ketika di janin ibu lagi. Sungguhpun begitu wujud juga beberapa punca lain selain genetik seperti penyakit, jangkitan, kecederaan atau kemalangan yang mungkin tidak mampu dielakkan. Walaubagaimanapun, Mereka harus disayangi dan diberi perhatian yang lebih agar mereka tidak rasa tersisih dan kecil hati kerana kekurangan yang dimilliki. Dalam kependudukan Malaysia, orang kurang upaya (OKU) boleh dianggap sebagai salah satu kumpulan minoriti yang paling lemah. Menurut WHO, sebanyak 7% daripada penduduk dalam negara di dunia mengalami hilang upaya dan kira-kira 2% akan memerlukan beberapa bentuk perkhidmatan pemulihan. Sebelum ini, orang kurang upaya (OKU) sering digambarkan dengan pandangan yang negatif. Mereka diibaratkan seperti seorang individu yang tidak sempurna kesihatannya, kerana mereka memerlukan rawatan dan pertolongan kerana keadaannya dilihat sebagai kurang upaya. Namun apa yang kita harus tahu adalah, mereka mempunyai semangat dan tekad lebih tinggi berbandingan orang lain. Pengamatan dan kesedaran mengenai golongan OKU haruslah disemai dalam diri setiap individu. Dalam usaha bersama membantu golongan ini, masyarakat harus tahu asas-asas penting dalam membantu mereka antaranya ialah mengambil maklum tentang dasar orang kurang upaya (OKU), mempelajari cara komunikasi yang sesuai dengan golongan OKU, mengambil berat tentang isu-isu berkaitan OKU yang kian kali berlegar dia media massa serta mengambil tahu tentang agensi-agensi berkaitan OKU. Bukan itu sahaja, isu berkaitan penindasan golongan OKU yang dilihat semakin membimbangkan memerlukan masyarakat mengambil cakna mengenai hak dan peluang yang harus diberikan kepada mereka. Dalam pada itu badan kesukarelawan juga memainkan peranan penting dalam membantu dan memperjuangkan golongan OKU bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam mendapat hak dan peluang seperti orang lain.

Comments

Post a Comment