KESIMPULAN

    


     Kesimpulannya, tiada siapa yang mahu dilahirkan ke dunia dengan ketidapupayaan dan kurang sifat. Sering kali kita dengar bahawa golongan OKU ini dinamakan dengan terma ‘orang cacat’ atau ‘orang gila’ untuk merujuk mereka yang kurang bernasib baik dan ia adalah satu perbuatan yang salah dan boleh menguris hati mereka. Sebaliknya, gunalah terma yang baik dan tidak mengguris perasaan mereka seperti ‘golongan istimewa’. Orang Kurang Upaya mempunyai hati yang lembut dan mudah terasa jadi sebagai masyarakat yang prihatin haruslah menjaga tutur kata dan sentiasa menjaga hati mereka. Ramai yang menganggap golongan OKU hanya meminta simpati masyarakat, namun golongan OKU ini tidak memerlukan simpati daripada orang lain sebaliknya mungkin hanya menginginkan empati sahaja. Mereka hanya mahu dan berhak untuk dilayan sama rata seperti orang lain juga dan bukannya dikategorikan sebagai individu yang tidak berdaya. Sekiranya mereka mencapai sesuatu kejayaan, ucapkanlah tahniah dan jangan terlalu membesarkannya sehingga wujud perasaan tidak selesa dan rendah diri. Penting bagi kita untuk menanamkan dalam diri bahawa kesempurnaan itu bukan hanya wujud pada luaran sahaja. Dapat kita lihat bahawa sudah ramai golongan OKU yang telah berjaya di persada dunia dan ia telah membuktikan bahawa ketidakupayaan tidak akan menghalang kecemerlangan. Jadi hormat dan rujuklah mereka dengan menggunakan terma yang paling tepat kerana mereka juga insan yang mempunayi keiinginan untuk dibelai dan disayangi.

Comments

Post a Comment