HAK DAN PELUANG OKU

 


Hak Dalam Pekerjaan Bagi Golongan OKU

• Elaun Pekerja Cacat Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 

• Geran Pelancaran 

Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga, dengan kadar one-off RM2700. 

Tujuan: 

1.Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga. 

2. Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. 

• Dasar 1% OKU Pencapaian dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada orang kurang upaya disasarkan dengan beberapa strategi pelaksanaan seperti berikut: Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) adalah satu strategi kerajaan untuk membantu OKU membantu mereka mendapatkan pekerjaan melalui pengembangan perniagaan mereka. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta sebagai modal bantuan kepada OKU bagi merealisasikan hasrat ini. 


Hak Dalam Pendidikan Bagi Pelajar OKU 

  • Infrastruktur mesra OKU yang menenpati piawaian kod amalan rekabentuk sejagat. 
  • Persediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada semua ketegori ketidakupayaan. 
  • persekitaran kehidupan yang kondusif kepada semua kategori ketidakupayaan.
  • Penglibatan OKU secara inklusif dalam semua aktiviti dan program di dalam dan di luar kampus.
  • Program pembangunan kerjaya bagi golongan OKU.

Comments

  1. Everybody deserves the right to work, gain knowledge through education, including the OKUs.

    ReplyDelete

Post a Comment