1) DASAR ORANG KURANG UPAYA
Pernyataan Dasar
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh
dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan,
kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
Objektif Dasar
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan
peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undangundang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
2) AKTA 685 - AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi,
pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi
Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
● Bahasa pertuturan yang digunakan ialah Bahasa Isyarat Malaysia yang bererti bahasa
isyarat rasmi bagi orang pekak di negara kita.
● Daftar Orang Kurang Upaya disimpan dan diselenggarakan di bawah seksyen 21
● Kad OKU yang dikeluarkan berkuatkuasa di bawah seksyen 25 .
● Kata ‘rehabilitasi ‘ merujuk proses yang membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan mencapai keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan. 2.1. KEBOLEHAKSESAN Akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan, pengangkutan dan bangunan awam. 1. OKU mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan dan bangunan awam yang disediakan untuk orang ramai 2. Kerajaan perlu memastikan penambahbaikan kelengkapan berkaitan dengan menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan penggunaan oleh orang kurang upaya.
Akses kepada pendidikan
1. Orang Kurang Upaya tidak boleh dikecualikan daripada mendapat pendidikan umum atas ketidakupayaannya dari pendidikan prasekolah sehingga menengah tinggi termasuk latihan vokasional.
2. Penyediaan penyesuaian yang munasabah dari segi prasarana, bahan dan kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain memenuhi keperluan orang atau kanak -kanak kurang upaya.
3. Bagi mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh, kerajaan menyediakan ; -memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif dan format komunikasi -memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia.
Akses kepada pekerjaan
1. Majikan hendaklah melindungi hak orang kurang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik, selamat dan sihat.
2. Menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi orang kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai.
Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi
1. Kerajaan dan penyedia maklumat komunikasi dan teknologi hendaklah menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi dalam format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan tanpa kos tambahan.
2. Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan alternatif, dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang upaya dalam urusan rasmi. Akses kepada kehidupan berbudaya hak untuk menikmati akses ;
- a) kepada bahan kebudayaan dalam format boleh akses
(b) kepada program televisyen, filem, teater, pelbagai aktiviti kebudayaan, dalam format boleh akses
(c) ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti teater, muzium, panggung wayang, perkhidmatan perpustakaan dan pelancongan.
Akses kepada rekreasi, santai dan sukan
1. Majlis atau kerajaan hendaklah menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada semua peringkat.
2. Memastikan OKU mempunyai akses ke tempat sukan dan rekreasi dan kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan.
Akses kepada kesihatan
1. Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, dengan imunisasi dan memastikan pemakanan dan perlindungan untuk mereka.
2. Mana-mana sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya hendaklah mengambil khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja,
.jpg)
maklumat yang memeransangkan
ReplyDeletePenyampaiaan maklumat kepada pembaca mudah untuk difahami
ReplyDeletebetul3.. terima kasih share usaha-usaha yang kerajaan kita buat <3 Sediakan banyak kelebihan untuk golongan OKU. Pendidikan yang tersendiri, kerja pun ada elaun dari JKM. Inisiatif baik dari kerajaan. Goodjob!
ReplyDeleteWah, baru tahu untuk OKU juga disediakan pelbagai akta yang melindung OKU. Trima kasih kerana memberikan kesedaran kepada kami.
ReplyDeleteBanyak ya kemudahan yang disediakan untuk OKU. Saya rasa usaha serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sangat la memberi manfaat kepada mereka. Chaiyokk! Sebarang kemudahan yang disediakan kepada OKU saya sokong.
ReplyDeleteMereka (OKU) layak mendapat dan merasai kemudahan dan hidup harmoni dalam golongan masyarakat. Sayangi diri dan orang sekeliling anda. <3
ReplyDelete